Ini adalah Tag pertama aku pernah jawab dalam hidup aku selama 17 tahun (suku abad( terima kasih callister yang cute miut..
ini tag callister :
http://callister.berceloteh.com/?p=658 betul dia tag aku, bukan ngada2 nak cerita..isk geli auuuww. perempuan tag je aku layan.. tag dr aeropama & life4hire x dilayan.. he.. buat angau je.. ye kan sayang.. es silap kan kan callister kan..
1.
Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?banyak benda, aku amik 5
komputer - kerana inilah barang paling aku suka, xde komputer aku akan alami ketagihan.
GPS - aku x pernah nak hafal jalan, xde GPS, aku akan sesat di negeri lain kecuali terengganu.
Kereta - tanpa kereta, susah nak gerak kemana, lebih2 lagi jika nak gi date dengan perempuan.
Selimut - aku xleh tido tanpa selimut sebab kaki aku sgt sensitif dengan kesejukan.
Stik Hoki - aku ada 12 batang stik hoki, semua aku sayang.. :-)
2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?Sekarang semua wang sendiri, yang terakhir tadi la, aku date dengan seorang awek di Tony Roma's Cineleisure, beli sebuah date..
3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?Belum berfikir, tetapi pastinya rumah aku di kampung Paloh terengganu. tetapi pastinya pihak perempuan memilih, aku terima sahaja walau dimanapun.
4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?off course selama-lamanya.. aku yakin aku jenis setia.. perhaps..
5. Adakah anda dilamun cinta?tidak, cuma kawan2 biasa, baru sahaja putus..hati masih lagi kecewa.. hehe
6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?Tony Roma's Cineleisure..
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?Sin Chan Volume 4, oh ini komik, kalau buku.. Awakening of new earth (oprah)
8. Apakah nama penuh kamu?lochoe zachary
9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?sebagai anak, erm.. soalan ini sukar.. tiada jawapan yang jelas..
10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?Rachel Leigh Cook (she all's that) dan sandra bullock, kalau boleh amy mastura jugak, eh.. ada lagi, jeniffer love hewitt, sandra parker, nak jadi bf avril lavigne.. ala.. semua awek kat dunia ni saya nak jumpa..
11. Christina atau Britney?No idea.. who are they?
12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?tidak :-) .. kecuali sms belajar dahulu itupun hantar dobi jugak..
13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?las vegas :-) twink!! macam best je tengok cerita last vegas kat channel astro 701
14. Pelukan atau ciuman?Pelukan definitely.. lebih mesra :-), lebih feel..
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
- dia ni awek life4hire, sangat cute dan manis orangnya
- dia jenis awek yang happy go lucky, very friendly.. dan agak open.. better dr gadis yang malu2 kucing sgt..
- dia bakal jadi cikgu math.. fuyooo!! aku ada kisah sedih betul dengan orang matematik ni.. isk.. so sad
- tinggi dia 154cm, berat dia 45kg dan size pinggang dia 24, besar sikit dari MK..(sembangkomputer.com)
- dia suka kacau orang yang senyap2.. ha ha ha.. hati2 meeka yang senyap tuh.. aku mujur bising, so aku kacau dia la.. hahaaha
16. 8-4 = 4 perkara yang amat saya gilai. (ulang mende sama)
1. komputer is my life, tanpa komputer, aku tak tahu mender aku boleh buat lagi..
2. hoki, mmg gila, taksub dan meroyan dengan main hoki, ada kelab sendiri dulu, siap aku sponsor semua.. :-), sayang betul.. team aku dah hilang, semua meneruskan kerjaya masing2 di serata malaysia..
3. membuat website dan coding.. suka sgt tgk coding, dan lagi suka kalau mende aku buat smooth je, rasa dah mati dengan try n error.. tapi selagi x dapat, susah nak stop..
4. komik sin-chan, doraemon dan budak getah, taip2 malam baca sblm tido, walaupun dah khatam berpuluh2 kali, tetap boleh baca lagi.. (aku takleh tido tanpa komik utk dibaca)
17. 3×1 = 3 perkataan yang sering di ucapkan.
1. cantiknya selipa mung (apa sahaja pujian bila 1st time jumpa org)
2. kambing!! , ini sebut bila marah.. (sblm ni slalu sebut babi, tapi ms blajar, member ajar sebut kambing, so setiap masa sebut kambing... apa beza kambing dgn babi, dua2 binatang.. ntahla, nampak lebih alim kot)
3. ape ceriter? , ooohww.. ini dimana2 atau kat mana2 jumper sapa2 mesti tanya mende ni dulu, macam apa khabar la... tetapi diubah dlm bahasa trg.. aku rasa org bukan terengganu pun paham bila sebut gini..
18. 8 - 1 = 7 buah buku yang paling terbaru dibaca.
1. Sin Chan Volume 17
2. Sin Chan Volume 46
3. Sin Chan Volume 23
4. Sin Chan Volume 35
5. Web design and marketing solution
6. Sin Chan Volume 41
7. Sin Chan Volume 45
19. 8 lagu-lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
1. Ada sekor anak tupa, atas dule mokte
(yang lain semua x..)
dulu dgr sum41 masa belajar di matriks dan U (lagu2 tuh bantu aku x tido malam study)
masa skolah aku cuma diajar lagu nasyid je (budak skolah agama), so kebanyakan lagu nasyid mmg aku hafal la.. hari2 dengar.. hehe..
20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu.
aku x suka betul cakap pasal mender2 mcm ni.. ntahala just tulis untuk membantu semua
1. Aku belajar bercakap diatas stage menggunakan 12 essences, selama 8 bulan
2. jangan mudah percaya sangat love relation, kalau serious pun relationship tuh, slagi xde ikatan sah, x payah serious.. just get ready, if something happen..
3. Belajar "the secret, magical of life", ask receive and believe
4. belajar buat website, tiada kursus yang disertai, cuma segalanya kerana minat dan tak mudah berputus asa, sentiasa ingin mencuba dan berani untuk bertindak. aku masih setahun jagung..
5. belajar convince orang, kami di bank ni mmg diajar nak convince org dengan bermacam2 cara, noddding, compliance, body gest, eye contact, person type... mcm2.. so awas.. kami dah diajar menilai human behaviour.. tapi tapi.. belajar mcm manapun, human is complex, u cant understand them fully, perhaps just know some part already good and use it, to cover the rest.
6. jadi orang x guna (hahah skrg aku rasa aku mmg tak guna, tak tahu bila nak berubah)
7. belajar bercakap :-) i'm book worm before, x pandai bercakap pun dgn orang, hanya aku dan buku.. dan komik dan fifa2008.. :-), tapi sekarang rasa boleh berbicara dengan lebih baik..thanks adry@telor
8. belajar jalan2 di KL, sebelum ini, aku mmg xkan masuk KL kalau keadaan tidak memaksa, hidup aku cuma upm, ttdi dan wangsa maju shj setelah beli GPS baru reti nak jalan2.. pusing2 kat mana sahaja, x perlu nak risau sesat lagi.. cakap je nak jumpa kat mana, insyallah boleh sampai..
21. Mari mengetag 8 - 4 = 4 orang lain.
aku nak tag semua kroni2 aku..sbb aku sayang korang.. hehe. jadila kroni aku untuk disayangi aku..
syam (aeropama) , smaelz83 , kak tie dan is150 (* aku br reti tag2 ni kalau dh jawab bagi link, kalau x jawab.. mesti tulis.. kalau x.. hehee.. dalam tempoh 48 jam..gua spam blog lu.. )
PS : sebenarnya aku dh tulis lama dah mende ni, cuma belum publish sbb hari itu ingat nak buat graphic sikit, tapi biasalah, sbg pencacai yang slalu buat stgh jalan, saya malas la nak bukak gimp.. komputer perlahan ni.. la la la..
0 comments:
Post a Comment
Any comment? if you are a real people not bot, you should leave at least one comment