Berita Panas : Jumaat, 24 September - Majlis tertinggi barisan nasional telah bersetuju untuk membuat sidang tergempar hari ini, disebabkan timbulnya desas desus, wujud suatu pakatan radikal yang cuba menggugat kestabilan dan keselamatan blogger.Baru2 ini,kami dapat mengesan satu golongan erdogan yang cuba untuk memecah belahkan keyakinan pengguna blogspot.. ini adalah suatu yang dasyat dan ia amatlah dikesali. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sebegini lebih-lebih lagi ia telah mengganggu gugat keselamatan visitor2 yang lain, kata Perdana menteri haji lochoe haji awang yang ditanya ketika mempengusikan majlis menyambut kroni baru ringgittune saudara Is150 jamaluddin dan Datin Tie Yen Yen
Walaupun fakta rasminya masih belum diperolehi, barisan blogspot tidak akan teragak2 untuk menggunakan akta keselamatan dalam negeri atau ISA (internal blog conference) untuk menahan aeropama sekurang-kurangnya untuk tempoh 2-3 tahun. dijangka Menteri dalam negeri, Datuk seri smaelz83 albar akan menandatangani surat pengesahan penahanan aeropama untuk dihantar ke kem kemunting bagi tempoh 2-3 tahun tanpa dibicarakan..
tidak cukup dengan itu, ada ura2 puak2 erdogan wordpress akan melakukan rampasan kuasa pada akhir bulan september dengan mengadakan contest disana-sini untuk membeli MP blogspot dengan jumlah beratus-ratus juta bait yang dikatakan dibiayai oleh "kumpulan pemikir yakultan (nama melayu bagi BORAT)" suatu kumpulan pemikir yang mempunyai kaitan dengan Extremist Thinker Al-Gore.
Menteri sumber wanita , Datin Tie Yen Yen yang ditanya ketika sedang memasak berkata bahawa beliau yakin MP-MP blogspot adalah mereka yang jujur dengan blog dan visitor mereka, mereka pastinya tidak akan mengecewakan pembaca mereka dengan meninggalkan platform perjuangan mereka selama ini. Semata-mata termakan janji palsu pakatan dengan tawaran yang tinggi itu.
difahamkan, raja aeropama petra akan ditahan dalam beberapa jam lagi, pihak polis masih cuba mengesan raja aeropama petra menggunakan sistem getclicky yang baru. Bagaimanapun, pemimpin2 pakatan yang lain seperti YB callister kok dan teman lelaki beliau life 4 gwo burn, akan cuba menggagalkan usaha pihak polis dengan berpakat bersama DUN batu caves menghantar berjuta-juta spam kedalam server poliskini.
Ketua polis negara, Datuk MK ismail berkata cubaan mereka ini tidak akan berjaya menghalang pihak polis untuk mengenakan tindakan yang sewajarnya keatas mereka yang menghina dan merosakkan pemikiran pelawat didalam negara blogspot..system print screen yang baru untuk boot disc akan digunakan sekiranya keadaan menjadi semakin parah.
menteri luar, Datin Kujie yatim, ketika ditanya pula berkata, beliau bersedia untuk membeli belah dengan mana-mana lelaki sekiranya keadaan darurat didalam dunia blog ini tidak dapat diatasi dengan segera. Pengerusi DAP pusat, Kar Ixora Singh, pula disyaki turut terlibat menghantar kad-kad raya layang yang lain beberapa minggu lepas setelah berjaya membeli setem-setem baru apabila pejabat pos dibuka.
Buat masa ini. Penulis surat layang tersebut, Noktah Hitam Namewee (negarakuku.net) masih tidak dapat dihubungi selepas membatalkan akuan sumpah pertama mengatakan beliau telah dipaksa menulis surat2 tersebut dengan cara yang sungguh geeky. Beliau dipercayai besembunyi di luar negara.
Bukti Surat Layan Aeropama:
By aeropama.com /salam,
terima kasih kerana berkunjung ke blog aku & meninggalkan komen di situ.
ps: mari sertai contest aku & tinggalkan blogspot ni. blogspot huduh beb...
semoga dunia blogger selalu aman dan damai..!! Please click "fave it" diatas jika anda terghairah membaca article ini.



0 comments:
Post a Comment
Any comment? if you are a real people not bot, you should leave at least one comment